Sepanyol, Brazil, Itali dan negara-negara lainnya dikenali di
seluruh dunia karana kedudukan mereka, budaya dan sejarah. Tapi,
mungkin anda tidak mengenali negara-negara di bawah ini.
Seluruh
negara tersebut sangat asing di telinga anda. Bahkan mungkin baru
pertama kali mendengarnya. Inilah 10 daftar negara yang tidak pernah
diketahui dan diakui tersebut:
10. Vanuatu
90%
penduduk di Vanuatu makan ikan dan 80% tinggal di lluar bandar,
kampung-kampung terpencil dengan kebun mereka sendiri yang hasilkan
bahan pangan.
Scuba diving merupakan aktiviti yang sangat
popular di sini. Tsunami bukanlah hal yang asing di Vanuatu, dan gempa
bumi memiliki kesan negatif pada pertumbuhan ekonomi negara-negara
tersebut.
9. Nauru
Nauru,
sebuah bekas koloni penjajah Jerman, juga dikenal sebagai Pulau
Pleasant Pasifik Selatan. Orang-orang Nauru mengumpulkan air hujan
selama musim hujan antara bulan November dan Februari kerana mereka
sangat terbatas dalam air tawar.
Sukan paling popular di
negara ini adalah sepak bola ala Australia. Mereka sudah memiliki liga
sepak bola dengan tujuh kelab liga.
8. Tuvalu
Tuvalu
adalah sebuah monarki konstitusi dengan Ratu Elizabeth II sebagai ketua
negara.Mereka tidak memiliki kekuatan tentera sendiri. Jadi mereka
tidak banyak menghabiskan wang untuk urusan pertahanan.
Tuvalu adalah negara terkecil peringkat keempat di dunia. Penduduk pertama negara ini adalah orang-orang Polinesia.
7. Comoros
Comoros adalah negara kepulauan Afrika di Samudera Hindia yang terletak di antara Mozambeque dan Madagaskar.
Pulau
ini merupakan bekas jajahan Perancis tua,. Hari ini ada sekitar 300 000
orang Comorians tinggal di Perancis. 98% dari penduduk di Comors adalah
Muslim.
6. Guernsey
Guernsey
berada di bawah tanggung jawab Britain tetapi negara ini tidak dikira
sebagai sebahagian dari England, serta Kesatuan Eropah. Guernsey
terletak di Selat Inggeris di pantai Normandia.
Negara
ini memiliki otonomi penuh atas urusan antarabangsa. Sekarang ini
negara ini sedang berusaha untuk kemerdekaan penuh dari Kerajaan
Britain.
5. Isle Of Man
Isle
of Man juga dikenal sebagai Mann, mempunyai sebuah pemerintahan sendiri
dari British Crown Dependency, terletak di laut Ireland antara pulau
Britain dan Ireland
Negara ini bukan merupakan sebahagian
dari Kesatuan Eropah. Penghasilan negara ini berasakan pada perbankan
luar negeri dan perikanan. Pulau ini telah dihuni sejak sebelum 6500 SM.
4. Tokelau
Tokelau
adalah wilayah yang tidak memiliki pemerintah sendiri. Nama Tokelau
berasal dari kata Polinesia yang berarti "angin utara".
Pulau
ini memiliki sumber ekonomi terkecil dari negara mana pun di dunia
yang membuat mereka hampir sepenuhnya tergantung pada subsidi dari
Selandia Baru. 96% dari penduduk adalah orang Kristian dan 57% di
antaranya adalah perempuan.
3. Cook Islands
Cook
Islands memiliki demokrasi berparlimen dengan pemerintahan sendiri.
Dengan lebih dari 90.000 wisatawan setiap tahun, perikanan adalah
kegiatan utama ekonomi mereka dengan potensi lepas pantai, laut,
mutiara dan eksport buah.
Cook Island yang dinamakan oleh navigator Inggeris Kapten James Cook ketika ia sampai di pulau tersebut pada 1773.
2. Pitciarn Island
Kepulauan
Pitcairn secara rasmi bernama Pitcairn, Henderson, Ducie dan Oeno
Islands, tersepit dari empat pulau vulkanik. Sebelumnya ia sebahagian
dari jajahan Inggeris, yang merupakan sebahagian dari Pasifik.
Bahasa
penduduknya campuran bahasa Inggeris dan Tahiti. Dalam beberapa tahun
terakhir gereja telah ditutup kerana hanya lapan orang yang mengunjungi
secara teratur.
Hanya ada satu Café dan Bar di pulau itu,
dan sumber pemerintah menjual alkohol dan rokok.Ada hukum-hukum moral
yang ketat yang melarang menari, merokok dan minum alkohol.
(Jika
pemerintah menjual alkohol dan rokok lalu mengapa ada hukum yang tegas
yang melarang merokok dan minum alkohol? Apakah mereka menjualnya ke
negara lain?)
1. Nagorno-Karabakh
Nagorno-Karabakh
adalah republik merdeka yang terletak di antara Armenia dan
Azerbaijan.Di negara ini banyak terdapat penduduk dari bekas Kesatuan
Soviet kerana selama 1991-1994 Perang Nagorno-Karabakh.
Negara
ini masih tidak diakui oleh negara lain, termasuk Armenia. 95% dari
penduduknya adalah Armenia, dan bakinyanya adalah orang-orang Yunani dan
Kurdis.
Kegiatan ekonomi negara ini pada dasarnya diarahkan untuk Armenia yang tinggal di negara-negara Barat.
Komentar
Posting Komentar